Mahukah anda mereka bentuk grafik yang mengagumkan tanpa sebarang asas dalam masa beberapa minit?
Sebagai seorang usahawan,selain mempunyai produk yang terbukti berkesan,anda juga harus mempunyai bahan pengiklan yang melibatkan grafik untuk marketing seperti logo,kad bisnes,banner mahu pun flyers
Masalah yang sering berlaku kepada peniaga ialah :-
1. Tidak mempunyai kemahiran mereka bentuk grafik
2. Kekangan modal bagi mengupah pereka grafik
Penyelesaiannya adalah “ CANVA” iaitu platform reka bentuk grafik yang boleh diakses di telefon dan komputer.
KELEBIHAN
1. Boleh digunakan untuk semua platform media sosial (Twitter banners, Facebook covers, Youtube, Instagram)
2. Sesuai bagi penggunaan semua syarikat, perniagaan atau institusi (Flyers, presentation, Logo , Kad bisnes )
3. Mempunyai berjuta-juta imej, fon, templat dan ilustrasi
PERANTI: Android,iOS & laman web
HARGA: Percuma dan berbayar
Anda boleh layari Canva.com dan mencubanya sendiri. Semoga berjaya !